DI PALANG INI LIRIK....
Di kamar gelap Aku melukis
Di kamar gelap Gambar isteri
Di kamar gelapGambar misteri
Di kamar gelap Menyendiri
Di samar gelap Ayah dan ibu
Di samar gelap Anak di rindu
Di samar gelap Kesudahanku
Di samar gelap Tersendiri
Tolonglah bilang Apa salahku
Apakah bukti kesalahanku
Tolong jelaskanApakah dosaku
Apakah erti menghukumku
Hakim yang tiada Bukti yang di reka
Apakah ini keadilan, oh Ilahi
Tuhanku Kau tunjukkkanlah cahaya
Berikanlah sejalur harap padaku
Yang pasrah di haribaanMU
Di palang ini Aku tersaksi
Tangisan anak & doa isteri
Di palang ini Aku di rampas
Sebuah maruah dan harga diri
Di malam ini Aku menolak
Di malam ini aku mengharap
Setiap ehsan dari kuasa
Yang Maha Besar Maha Menyaksi
Lagu dipalang ini menyaksikan bahawa seorang individu yang tidak terbela oleh keadilan dunia. Beliau ditangkap dan dihukum tanpa menyaksikan sebarang kesilapan yang dilakukan. Namun begitu keadilan dunia telah mencabuli hak individu tersebut. Meskipun tiada kesalahan dan tiada bukti, individu tersebut tetap akan dihukum.
No comments:
Post a Comment